Peter Dager ataupun lebih dikenali sebagai PPD merupakan pemain Dota 2 profesional yang dikenali ramai sebagai ketua untuk pasukan Evil Geniuses yang menjadi juara semasa The Interantional 2015. Beliau juga merupakan bekas ketua kepada pasukan Ninjas in Pyjamas.

Namun akibat pandemik Covid-19 pada tahun lepas yang mengakibatkan pelbagai kejohanan Dota 2 dibatalkan, pasukan Ninjas in Pyjamas telah melepaskan kebanyakan pemain mereka termasuk juga PPD sendiri. Beliau kemudiannya mengumumkan bersara daripada kejohanan Dota 2 pada April tahun lepas dan memfokuskan kepada penstriman.

Melalui penulisan di Weplay Esports beliau telah mengumumkan yang akan kembali terlibat di dalam Dota 2 secara kompetitif. Buat masa ini beliau bersama dengan DNM, Moo, Sneyking dan juga bekas juara The International, Fear membentuk pasukan yang dipanggil sebagai Sadboys dan terbuka untuk mana-mana pasukan Dota 2 yang ingin mengambil mereka.

Antara alasan yang diberikan oleh PPD untuk membatalkan pesaraan adalah walaupun mempunyai masa yang baik melakukan penstriman dan juga menjadi caster tetapi beliau menyedari yang minat sebenar adalah bermain secara kompetitif.

Sohor Kini