Siri permainan Persona adalah satu permainan yang baik, terutama untuk siri utama yang boleh dikatakan antara permainan JRPG yang paling popular. Namun, satu lagi perkara yang berkualiti mengenai siri ini adalah muzik yang disertakan di dalamnya.

Kini, ia menjadi makin mudah untuk anda mendengarnya apabila Atlus telah memuat naik kebanyakan muzik daripada siri permainan tersebut ke platform penstrima utama seperti Spotify dan juga Apple Music. Anda boleh ke pautan ini untuk Spotify dan di Apple Music adalah boleh cari ATLUS Sound Team.

Mereka telah menyertakan muzik daripada permainan berikut

  • Persona 5 OST
  • P4 & Golden OST
  • P3 & FES OST
  • P2 Sound Collections
  • P4 Dancing All Night OST
  • P4 Arena Ultimax OST
  • Never More -Reincarnation: Persona 4-
  • P3 & P4 Vocal Sound Collection
  • PQ & PQ2 OST
  • MUSIC FES 2013
  • SUPER LIVE 2015

Sohor Kini