Pengarah untuk permainan Football Manager 2021 telah mengumumkan di Twitter yang permainan tersebut terjual sebanyak 1 juta unit sejak dikeluarkan pada 24 November lepas, tambah beliau lagi, terdapat lebih 900 ribu pemain yang bermain pada minggu lepas.

Beliau tidak mengesahkan jika jumlah tersebut adalah untuk kesemua edisi Football Manager 2021 seperti Mobile dan Touch, ataupun untuk versi penuh sahaja. Namun, pencapaian tersebut tidaklah mengejutkan kerana sejak dilancarkan kebanyakan ulasan mengatakan ia adalah antara versi terbaik untuk siri ini.

Football Manager 2021 telah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series, PC, iOS dan Android. Ia juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Sumber: Gamer Matters

Sohor Kini