Fahrenheit atau juga dikenali sebagai Indigo Prophecy adalah permainan terawal yang mengangkat nama Quantic Dream yang kemudiannya hadir dengan pelbagai permainan popular seperti Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan terbaru Detroit: Become Human.
Ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 2005 dan tahun lepas mereka menyambut ulang tahun ke-15. Bersempena dengannya Meridiem Games mengumumkan versi fizikal untuk PS4 bagi permainan tersebut akan dikeluarkan pada 26 Januari 2021.
Fahrenheit: 15th Anniversary Edition ini akan menyertakan bekas yang direka khas dan pelindung untuknya. Selain itu, ia juga akan menyertakan set pelekat, buku seni dan surat terima kasih yang ditulis oleh pasukan Quantic Dream. Ia ditawarkan dengan harga €29.99 (~RM147).
Versi penambah-baikkan untuk permainan ini sudah dikeluarkan untuk PS4, PC, iOS dan Android.