SpongeBob SquarePants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated merupakan permainan penambah-baikkan untuk permainan berjudul sama yang telah dikeluarkan untuk konsol dan PC pada Jun tahun lepas.

Hari ini, THQ Nordic dan HandyGames telah mengumumkan yang mereka akan membawa pula permainan tersebut untuk peranti pintar iaitu untuk iOS dan juga Android, sebagai permainan berbayar.

Permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Januari 2021 dengan harga RM37.90. Jika berminat, anda boleh mula pra-tempah di App Store ataupun Play Store.

Kami sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk permainan ini dan merasakan ia adalah permainan yang baik bagi peminat siri ini walaupun menyertakan bentuk permainan yang mungkin ketinggalan. Anda boleh baca ulasa penuh melalui pautan ini; Ulasan Mini – SpongeBob SquarePants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated.

Sohor Kini