Edmund McMillen, pencipta untuk The Binding of Isaac telah berkongsi treler untuk The Binding of Isaac: Repentance yang antaranya memperlihatkan tarikh pelancaran untuknya, iaitu pada 31 Mac 2021 untuk PC dan diikuti oleh konsol selepas itu.

The Binding of Isaac: Repentance adalah DLC untuk The Binding of Isaac: Rebirth, namun menurut Edmund, kandungan yang disertakan adalah sebesar satu permainan susulan yang penuh. Ia adalah DLC kedua untuk permainan ini selepas Afterbirth yang dikeluarkan pada tahun 2015.

The Binding of Isaac: Rebirth sudah dikeluarkan untuk hampir semua platform sejak tahun 2014 lagi, dan ia diterbitkan oleh Nicalis.

Sohor Kini