Skip to main content

Dengan kita sudah memasuki generasi konsol baharu, ia juga bermakna yang Sony sendiri akan menggerakkan fokus mereka daripada PlayStation 4 ke PlayStation 5, walaupun konsol generasi lepas tersebut masih dijual, bahkan menerima pelbagai promosi akan tetapi ia berkemungkinan sekadar untuk menghabiskan stok yang sedia ada.

Berdasarkan notis yang dipaparkan di kedai di Jepun, beberapa model PS4 tidak lagi menerima stok baharu dan menurut mereka ia adalah kerana Sony tidak lagi akan mengeluarkannya. Model-model tersebut adalah;

  • PS4 500GB Glacier White
  • PS4 1TB Jet Black
  • PS4 1TB Glacier White
  • PS4 2TB Jet Black
  • PS4 Pro 1TB Glacier White

Dengan Sony masih lagi berusaha untuk memenuhi permintaan yang tinggi buat PS5 tidak mengejutkan jika mereka sepenuhnya memfokuskan kepada konsol generasi baharu sahaja. Berdasarkan laporan oleh Digitimes, penjualan PS5 telah mencecah 3.4 juta unit secara global dan mungkin mencecah 18 juta unit pada akhir tahun ini.

Leave a Reply