Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed telah mengatakan yang peruntukkan sebanyak RM700 ribu untuk esukan di dalam Belanjawan Perak pada tahun 2021 merupakan satu langkah proaktif bertujuan menggalakkan pembangunan sukan tersebut.

Melalui peruntukan tersebut, beliau berharap dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu dan akan melakukan jelajah di seluruh negeri Perak untuk mengembangkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai esukan dengan lebih menyeluruh.

Bercakap mengenai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Johor, mereka menyasarkan untuk mendapat 1 pingat emas daripada 5 permainan yang dipertandingkan iaitu Dota 2, FIFA 21, PES 2021, PUBG dan Mobile Legends.

Dengan SUKMA ditunda sehingga tahun hadapan, kita mungkin melihat permainan baharu yang akan dipertandingkan terutamanya untuk FIFA 21 dan PES 2021 yang akan menerima permainan baharu sekitar akhir tahun ini.

Sumber: Bernama

Sohor Kini