Bagi peminat siri permainan novel visual, Tsukihime semestinya salah satu permainan yang sangat terkenal lebih dari 20 tahun lepas di mana ianya bukan sahaja mempunyai permainan novel visual sendiri malah diadaptasikan kepada anime beberapa tahun lepas.
Terkini, Type-Moon mengumumkan yang mana mereka akan menghasilkan semula permainan tersebut iaitu Tsukihime: A Piece Of Blue Glass Moon dan ia akan tiba sekitar tahun ini di PlayStation 4 dan Switch. Buat masa ini, ia diumumkan akan tiba sekitar suku ketiga tahun ini buat pasaran Jepun dan versi global setakat ini tidak diumumkan.
Tsukihime merupakan permainan visual novel yang dilancarkan 20 thaun lepas di mana ia memfokuskan pemain sebagai Shiki Tohno di mana beliau berupaya untuk melihat jangka hayat seseorang. Penceritaannya kemudian dikembangkan dengan pelbagai pilihan penceritaan dengan beberapa elemen fantasi seperti pontianak yang sekaligus merupakan salah satu sebab siri ini menjadi kesukaan ramai.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut jika terdapat sebarang pengumuman tambahan berkenaan permainan olahan semula ini.