Seperti yang dijanjikan oleh Arc System Works sebelum ini, mereka akhirnya memperlihatkan watak ke-14 untuk permainan Guilty Gear Strive iaitu Anji Mito di mana beliau adalah watak yang mula diperkenalkan di dalam Guilty Gear X dan kini beliau kembali.

Seperti permainan sebelum ini, Anji Mito mempunyai senjata kipas tangan yang digunakan sebagai senjata utama dengan pakaian bertemakan pakaian tema Jepun.

Seperti yang diumumkan sebelum, permainan Guilty Gear Strive akan menyertakan 15 watak untuk pelancarannya di mana 14 daripadanya telah pun diumumkan termasuk watak Anji Mito. Manakala watak seterusnya akan diumumkan Februari ini. Arc System Works juga mengesahkan 5 lagi watak DLC akan tiba melalui pas musim permainan ini.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini juga akan diterbitkan oleh Bandai Namco buat pasaran Malaysia dan ia akan tiba di PlayStation 4 dan penaik-tarafan percuma di PlayStation 5 pada 9 April 2021.

Sohor Kini