Anno: Mutationem iaitu permainan di bawah inisiatif China Hero Project di bawah PlayStation oleh Lightning Games dan Thinking Stars minggu ini diumumkan akan ditunda sehingga suku ketiga tahun ini.
Menurut penerbit, penundaan tersebut adalah untuk versi PlayStation 4 dan mereka juga mengumumkan versi PlayStation 5 turut akan dilancarkan.
Permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan penghujung tahun lepas di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Steam. Namun, versi Steam diumumkan tarikhnya dan ia juga kelihatan tersenarai akan dilancarkan tahun ini.