Mechamato adalah projek prekuel dari Monsta yang mengisahkan bapa BoBoiBoy Amato. Mechamato pada awalnya ramai sangkakan adalah siri TV prekuel, tetapi sebenarnya Mechamato adalah filem prekuel pertama Monsta yang berlaku dalam Sphera Universe. Filem ini pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2019, agar tahun 2021 iaitu ulang tahun ke-10 BoBoiBoy filem ketiga boleh ditayangkan. Namun mereka telah berikan rancangan yang semua ini terpaksa diubah.

Hari ini, 1 Januari 2021, permulaan tahun baru – Monsta telah berjanji untuk mempertontonkan video acah pertama filem Mechamato. Kita sudah tahu yang Mechamato akan ada siri animasi, yang mana fokus kepada asal-usul Amato – iaitu bapa kepada BoBoiBoy. Tetapi bagaimana dengan filem?

Video acah memperlihatkan aksi antara MechaBot dan Amato bergabung menjadi Mechamato untuk menentang musuh Grakakus. Seperti video acah pertama, yang mana video acah asal adalah untuk siri animasi – ia dilihat telah diubah menjadi filem. Jadi filem ini adalah filem asal-usul Mechabot dan kisah awal Amato. Filem ini dilihat akan memfokuskan pengembaraan Amato dengan MechaBot dan kemudian terpaksa bertempur dengan musuh.

Antara watak yang akan memainkan peranan penting dalam filem ini adalah Amato, MechaBot, Pian, Mara, Deep, Bula, Bili dan Masknaba. Tok Aba versi muda turut dipertontonkan. Gabungan aksi, drama dan komedi ini pasti akan membuatkan orang ramai tidak sabar menantikan kehadiran filem ini.

Dengan menggunakan konsep Bandar Hilir, Melaka iaitu Kota Hilir, elemen silat, robotik, gabungan tradisional dan teknologi – Mechamato ini adalah satu filem aksi yang patut semua orang nantikan. Video acah juga memperlihatkan aksi yang menarik, gempak, lebih hebat dan rasa ia mempunyai satu keunikan. Harapnya pengalaman menonton filem ini mempunyai impak seakan filem BoBoiBoy Movie 2 – yang mana membuatkan kami rasa teruja dan tidak terkata.

Filem ini masih tidak mempunyai tarikh tayangan lagi dan ia akan ditayangkan di panggung wayang kerana GSC dan TGV sudah pun berkongsi informasi mengenai kehadiran video acah filem ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini