Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu lepas mereka telah menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi permainan terakhir, mereka telah menawarkan Jurassic World Evolution secara percuma.

Jurassic World Evolution merupakan permainan simulasi pengurusan taman tema. Seperti judulnya, tarikan untuk taman tema ini adalah Dinosaur dan anda perlu mendapatkan pelbagai spesis dinosaur yang berbeza untuk menarik lebih ramai pengunjung. Pelbagai masalah juga akan berlaku termasuk juga dinosaur melepaskan diri.

Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 8 Januari sebelum diganti dengan Cyring Suns.

Mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini