Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Januari untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 5 Januari sehingga 1 Februari 2021;

  • Maneater (PS5 sahaja)
  • Shadow of the Tomb Raider
  • Greedfall

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda pelanggan untuk PS Plus, ketiga-tiga permainan tersebut boleh ditebus melalui pautan ini.

Sohor Kini