Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu lepas mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 31 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Torchlight II.

Torchlight II adalah permainan aksi pengembaraan di mana ia akan menyertakan sejumlah “dungeon” yang direka secara rawak. Pemain perlu melaluinya, dengan menumpaskan pelbagai jenis musuh untuk mendapat pengalaman dan juga barangan. Bagi yang menyukai permainan seperti Diablo, Torchlight adalah alternatif yang baik. Ia dibangunkan oleh Runic Games dan dikeluarkan pada tahun 2012.

Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini