Metro Last Light Redux Ditawarkan Secara Percuma Di GOG

Jika anda mengikuti penawaran permainan percuma di Epic Games Store, mereka telah menawarkan Metro: 2033 Redux secara percuma, dan kini secara kebetulan (ataupun tidak), GOG telah menawarkan Metro: Last Light Redux iaitu permainan susulan secara percuma.

Metro: Last Light Redux adalah versi penambah-baikkan untuk Metro: Last Light yang dikeluarkan pada tahun 2013. Ia dibangunkan oleh 4A Games dan diterbitkan oleh Deep Silver. Bagi penceritaan, ia berlaku pada tahun 2034 iaitu setahun selepas kejadian di dalam Metro: 2033.

Untuk menebus-nya, anda hanya perlu ke pautan ini, dan bersetuju untuk menerima emel pemasaran daripada GOG. Selepas menebus, anda boleh memasang klien GOG Galaxy ataupun memuat turun secara terus pemasangnya. Tawaran ini adalah sehingga 1 Januari 2021.

Sohor Kini