GSC sebelum ini mengumumkan yang mereka akan melakukan tayangan awal filem Demon Slayer: Mugen Train pada 5 Disember 2020 dan 23 Januari 2021, akan tetapi akibat PKPB dilanjutkan, dan pawagam di Lembah Klang ditutup mereka menunda tarikh tersebut.

Hari ini, mereka telah mengumumkan yang tayangan awal untuk filem tersebut akan dilakukan pada 9 dan 10 Januari 2021. Menariknya, ia tidak terhad kepada satu pawagam sahaja, sebaliknya di beberapa pawagam yang dibenarkan untuk beroperasi.

Harga tiket untuk tayangan awal ini adalah RM150, di mana selain tiket, pembeli juga akan mendapat T-shirt, poster, penyimpan fail dan juga lencana. Berikut adalah pawagam-pawagam yang terlibat;

  • GSC Alamanda Putrajaya
  • GSC Gurney Plaza
  • GSC Aman Central
  • GSC Ipoh Parade
  • GSC East Coast Mall
  • GSC AEON Bandaraya Melaka

Tempahan tiket akan dibuka bermula pukul 3 petang esok, di laman GSC. Tayangan secara umum juga akan tiba, tetapi tarikh akan diumumkan kemudian. Sebelum ini ia dirancang pada bulan Februari 2021.

Demon Slayer: Mugen Train telah ditayangkan di Jepun sejak 2 bulan lepas, dan menjadi filem terlaris di pasaran tersebut.

Sohor Kini