Respawn Entertainment hari ini berkongsi satu video acah baharu yang memfokuskan penceritaan di dalam dunia permainan Apex Legends melalui siri “Stories From The Outlands” seterusnya dengan tajuk “Fight Night”.
Melaluinya, video ini memfokuskan watak Pathfinder di mana beliau mempelajari berkenaan penciptanya dan mengapa robot Mobile Robotic Versatile Entity (MRVN) berada di dalam permainan ini. Selain itu, video ini juga memperlihatkan beberapa watak lain seperti Victor Maldera dan Alexander Nox ataupun Caustic.
Bagi anda yang berminat, anda boleh menonton video tersebut di bawah.
Apex Legends merupakan permainan penembak pertempuran royale oleh Electronic Arts (EA) dan Respawn Entertainment di mana ia telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Origin dan Steam. Manakala versi Switch ditunda ke tahun hadapan dan musim ketujuh permainan ini baru sahaja bermula bulan lepas.