Selain permainan-permainan oleh mereka sendiri, Nintendo juga sangat menekankan penawaran permainan indie untuk konsol Switch. Terutamanya melalui rancangan tersendiri iaitu Indie World yang akan memperlihatkan permainan-permainan indie menarik yang akan dikeluarkan.
Hari ini, mereka telah berkongsi senarai permainan indie terlaris di Switch pada tahun ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah, kami juga akan senaraikannya (Nintendo tidak menyatakan yang jika ia disusun mengikut ranking ataupun secara rawak).