Beberapa minggu lepas, Garena mengumumkan permua berdasarkan siri anime Fairy Tail, iaitu Fairy Tail: Forces Unite! akan tiba di iOS dan Anroid. Kini, permua tersebut telah pun dilancarkan secara rasmi di mana anda boleh memuat-turunnya secara percuma.

Menurut Garena, permua ini telah mencapai lebih dari 500,000 pendaftaran beberapa minggu lepas dan bersempena dengannya, mereka kini menyertakan pelbagai ganjaran buat pemain termasuklah watak Erza yang berkelaskan SS.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Fairy Tail: Forces Unite! merupakan permua khas berdasarkan siri anime Fairy Tail di mana mereka menyertakan pelbagai watak daripada siri tersebut termasuklah suara latar asli, sekaligus membenarkan pemain untuk menikmati pelbagai adegan dan penceritaan ikonik anime tersebut. Dari segi bentuk permainan, permua ini akan memfokuskan elemen bentuk pertempuran secara turutan dengan elemen klasik RPG yang mana ia juga akan menyertakan 8 watak baharu dengan 9 jenis kelas watak berbeza yang pemain boleh tetapkan pelbagai kemahiran. Untuk informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi permainan ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh muat-turun permua ini melalui pautan di bawah.

Muat-Turun iOS: Fairy Tail: Forces United!

Muat-Turun Android: Fairy Tail: Forces United!

Sohor Kini