Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu lepas mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 30 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Solitairica.
Solitairica adalah permainan yang mengambil konsep permainan solitaire akan tetapi menyertakan pelbagai elemen lain seperti RPG dan juga roguelike. Ia dibangunkan serta diterbitkan oleh Righteous Hammer Games sejak tahun 2016 lagi.
Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.
Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.