Nexon hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan perlawanan baharu berdasarkan permainan Dungeon Fighter Online, iaitu Dungeon & Fighter Duel ataupun DNF Duel.

Menurut Nexon, permainan ini dibangunkan oleh Neople dan Arc System Works, di mana mereka semestinya terkenal dengan permainan perlawanan seperti Dragon Ball FighterZ dan siri Guilty Gears.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan masih belum diumumkan. Meskipun begitu, Nexon menyatakan yang mana mereka berminat untuk membawa arah baru buat siri Dungeon & Fighter untuk peminat pada masa akan datang bermula dengan permainan ini.

Sumber: Gematsu

Sohor Kini