Pada November lepas, filem Demon Slayer: Mugen Train menjadi filem ke-5 kutipan tertinggi di Jepun dengan kutipan sebanyak 23.35 bilion Yen (~RM900 juta) di belakang Sprited Away, Your Name, Frozen dan Titanic.
Hari ini, Aniplex dan Toho telah mengumumkan yang filem tersebut telah membuat kutipan sebanyak 32.47 bilion yen (~RM1.27 bilion) setakat Ahad lepas, sekaligus menjadikan ia adalah filem dengan kutipan tertinggi di Jepun.
Filem Sprited Away yang menjadi filem dengan kutipan tertinggi untuk sekian lama, mengambil masa 253 hari untuk mengutip 31.68 billion yen (~RM1.24 bilion), Demon Slayer: Mugen Train mengambil masa 59 hari sahaja untuk mengatasi kutipan tersebut.
Di Malaysia, filem Demon Slayer ini diumumkan akan tiba pada 5 Disember untuk tayangan awal, akan tetapi dengan PKPB dilanjutkan ke 14 Januari, GSC mungkin akan mengubah lagi tarikh tersebut.