Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu lepas mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 29 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Stranded Deep.
Stranded Deep adalah permainan ketahanan hidup di mana selepas kapal terbang terhempas anda merupakan satu-satunya yang terselamat dan terpaksa mencari cara untuk terus hidup, termasuk juga meneroka kawasan berhampiran. Ia dibangunkan serta diterbitkan oleh Beam Team Games sejak tahun 2015 dan masih lagi di peringkat akses awal.
Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.
Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.