Sambutan ambang Tahun Baharu tahun ini mungkin sedikit berbeza dengan tahun-tahun lepas. Ramai yang akan memilih untuk berada di rumah sahaja kerana pandemik Covid-19 yang tampaknya masih tidak dibendung.
Namun, satu tempat yang boleh menjadi tempat paling sesuai untuk menyambut tahun baharu adalah di dalam permainan Animal Crossing: New Horizons. Sebagai persediaan untuknya, Nintendo telah hadir dengan pelbagai kandungan berdasarkan tahun baharu termasuk juga pakaian serta hiasan.
Bagi sambutan ambang tahun baharu pula, persediaan untuknya akan bermula pada 5 pagi, 31 Disember ini lagi, anda boleh bercakap dengan Isabelle untuk mendapat party popper dan light stick. Acara bunga api akan bermula pada 12 pagi sehingga 2 pagi pada 1 Januari 2021.
Animal Crossing: New Horizons sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch.