Seperti tahun-tahun yang lepas, Steam telah berkongsi senarai permainan yang menjana pendapatan tertinggi melalui platform mereka. Ia akan menyertakan pembelian permainan dan juga pembelian di dalam permainan. Mereka membahagikan permainan kepada 4 kategori iaitu Platinum, Gold, Silver dan Bronze.
Mereka menyenaraikan permainan di dalam kategori tanpa mengikut turutan oleh itu mereka tidak berkongsi permainan mana yang menjana pendapatan tertinggi. Namun kita tahun yang, Platinum adalah tertinggi diikuti Gold sehinggalah Bronze.
Di dalam kategori Platinum, terdapat beberapa permainan yang terus menerus berada di kategori ini saban tahun antaranya adalah PUBG, CSGO, Dota 2 dan Grand Theft Auto V. Bagi permainan baharu pula antaranya adalah Fall Guys, Doom Eternal dan Cyberpunk 2077, yang baru sahaja dikeluarkan pada bulan ini. Walaupun tidak boleh dikatakan sebagai permainan baharu, namun ini adalah pertama kali Among Us tersenarai di senarai ini sejak dilancarkan pada 2 tahun lepas.
Steam tidak berkongsi jumlah pendapatan untuk permainan-permainan tersebut, tetapi Cyberpunk 2077 ada berkongsi yang semasa hari pelancaran mereka telah menjana lebih $50 juta di Steam sahaja, oleh kerana itu kita boleh katakan permainan-permainan lain di kategori platinum mempunyai jumlah pendapatan yang lebih kurang sama.
Berikut adalah senarai penuh untuk kategori Platinum dan Gold, anda boleh lihat senarai bagi Silver dan Bronze di pautan ini;
Platinum
Gold