Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 28 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Night in the Woods.

Night in the Woods adalah permainan pengembaraan di mana anda akan menjadi Mae yang baru sahaja pulang ke kampung asalnya iaitu Possum Springs. Beliau mula mendapati pelbagai misteri berlaku di kampungnya dan tidak semua adalah perkara yang baik. Ia dibangunkan oleh Infinite Fall dan diterbitkan oleh Finji sejak tahun 2017.

Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini