Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 27 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah My Time at Portia.

My Time at Portia merupakan permainan simulasi pembinaan, dan juga boleh dikatakan sebagai satu permainan RPG yang mempunyai penceritaan tersendiri. Ia dibangunkan oleh Pathea Games. Melaluinya, anda perlu menghasilkan pelbagai peralatan, termasuk juga alat untuk berkebun. Sama ada untuk anda sendiri ataupun untuk memenuhi permintaan penduduk Portia. Bagi mencari sumber, anda juga perlu bertempur dengan pelbagai penjahat.

Ia adalah satu permainan yang baik, dan boleh membuatkan anda ketagih. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan My Time at Portia – Permainan Yang Boleh Mengakibatkan Ketagihan atau tonton video di atas.

Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Leave a Reply