Capcom minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan laman baharu untuk Resident Evil iaitu Resident Evil Portal pada awal tahun hadapan, untuk menggantikan laman yang sedia ada untuk siri permainan tersebut.

Menurut Capcom, laman tersebut akan diintegrasikan dengan kesemua servis dan fungsi daripada laman permainan Resident Evil termasuklah fungsi-fungsi atas-talian bagi permainan-permainan yang dilancarkan oleh mereka.

Ini sekaligus akan mencantumkan segala kandungan daripada laman rasmi Biohazard, Resident Evil Portal, Biohazard Club 96, program Resident Evil Ambassodor dan ResidentEvil.net di dalam satu laman portal baharu.

Capcom juga menjanjikan laman tersebut akan memberi segala informasi baharu untuk permainan Resident Evil dan pada masa yang sama peminat boleh menikmati pelbagai akses kandungan permainan tersebut termasuklah berhubung dengan peminat lain melalui akaun laman sosial.

Selain itu, Capcom juga umum beberapa perubahan untuk program Resident Evil Ambassador yang mana pengguna tidak lagi boleh menghubungkan akaun dengan Facebook ataupun Instagram dan ia kini hanya menyokong akaun Twiter sahaja. Manakala laman Resident Evil.net juga mempunyai beberapa perubahan termasuklah fungsi forum dan papan kenyataan mesej yang dibuang.

Sementara menanti laman tersebut dilancarkan pada awal 2021, anda boleh ke laman rasmi Capcom ini untuk melihat pengumuman rasmi Resident Evil Portal.

Sohor Kini