Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 26 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Darkest Dungeon.
Darkest Dungeon adalah permainan RPG di mana pemain perlu melalui pelbagai dungeon. Ia memfokuskan kepada sesi permainan yang sukar, contohnya, jika mana-mana watak anda mati, watak tersebut tidak lagi boleh dihidupkan semula. Ia dibangunkan oleh Red Hook Studios dan dikeluarkan sejak tahun 2016 lagi.
Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara ini percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.
Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.