Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 25 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Inside.

Inside merupakan permainan platformer-tekaria yang dibangunkan oleh Playdead. Ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 2016. Di dalam permainan ini, anda akan mengawal seorang budak lelaki dan perlu melalui pelbagai kawasan misteri. Di dalam perjalanan ini, akan terdapat pelbagai perkara yang akan cuba membunuh anda.

Ia sudah semestinya satu permainan yang wajib dicuba, dan anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini. Namun, anda mungkin sudah memilikinya, kerana ia sudah ditawarkan percuma pada tahun lepas.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Leave a Reply