Skip to main content

HBO Max adalah platform penstriman video yang besar. Ia menarik perhatian ramai orang dengan pelbagai kandungan dari DC, Warner Bros., dan banyak lagi. Perkara terbaru mereka lakukan adalah akan menyiarkan filem-filem baru tahun 2021 ke HBO Max serentak dengan wayang. Wonder Woman 1984 adalah filem pertama yang mana akan bermula 25 Disember ini.

Terkini, HBO Max akan cuba menarik perhatian kanak-kanak yang pada suatu ketika dahulu (kini sudah dewasa, seperti saya) sempat menikmati kartun-kartun/siri animasi hebat Cartoon Network. Siri-siri seperti Ed, Edd n Eddy, Codename: Kids Next Door, Courage the Cowardly Dog dan The Grim Adventures of Billy & Mandy akan disiarkan di HBO Max. Ini adalah antara kartun-kartun yang menarik, lucu, memuaskan serta membuatkan ramai orang sukakannya dan sukar untuk melupakannya.

Kartun-kartun di Cartoon Network sekarang semakin mengarut, tidak masuk akal, cringe serta janggal. Agak menarik untuk melihat kartun-kartun klasik ini kembali. Sayangnya, HBO Max terhad di Amerika Syarikat dan pengguna di Malaysia perlu langgan VPN premium di samping perlu melanggan HBO Max yang berharga sekitar RM61 untuk menontonnya kelak.

Semua kartun ini akan disiarkan bermula Januari tahun hadapan.

Leave a Reply