CD Projekt Red hari ini telah melancarkan satu kemaskini kecil untuk Cyberpunk 2077 yang menyelesaikan beberapa masalah untuk versi konsol dan juga PC. Berikut adalah yang hadir melalu kemaskini Hotfix 1.06 ini;

  • Dum Dum tidak lagi menghilangkan diri semasa misi Second Conflict
  • Konsol: Memperbaiki pengurusan memori yang akan mengurangkan crash.
  • PC: Membuang had fail simpanan setakat 8MB yang mengakibatkan ia menjadi rosak.

Kemaskini ini sepatutnya sudah tiba dan akan dimuat turun secara automatik, ataupun anda juga boleh melakukannya secara manual.

Cyberpunk 2077 merupakan permainan RPG dunia terbuka seterusnya oleh pembangun siri The Witcher iaitu CD Projekt Red di mana ia dilancarkan secara rasmi pada awal Disember ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Sejak ia dilancarkan, ia menerima pelbagai kritikan berkenaan prestasi permainan yang agak teruk dengan pelbagai masalah pepijat. Anda juga boleh membaca pendapat salah seorang penulis kami berkenaan masalah permainan Cyberpunk 2077 di bawah.

Bacaan Lanjut: Cyberpunk 2077: Di Mana Silapnya?

Sohor Kini