Disember tahun lepas, Endnight Games mengumumkan sekuel kepada permainan The Forest iaitu Sons Of The Forest di mana ia kemudian tidak menerima beberapa pengumuman lanjut berkenaannya.

Terkini, selang setahun kemudian, Endnight Games akhirnya berkongsi satu video acah baharu permainan ini dan menyatakan ia akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Seperti anda sedia maklum, The Forest merupakan permainan pertahan hidup yang memfokuskan pemain untuk meneruskan hidup dengan menghasilkan senjata, rumah dan sebagainya sebelum diserang oleh ‘musuh’ ataupun raksasa ketika malam.

Melalui video acah di atas, Endnight Games menyatakan ia direkodkan dengan menggunakan enjin permainan yang mana ia menyertakan pelbagai bentuk fizik permainan yang sangat nyata dengan keupayaan untuk memotong dan menyusun kayu dengan lebih realistik. Menariknya, video acah tersebut juga memperlihatkan musuh-musuh raksasa yang sangat menyeramkan dan pasti akan menggerunkan pemain.

Buat masa ini, ia disahkan akan tiba pada 2021 ini dan kami percaya ia dirancang untuk dilancarkan PC.

Sohor Kini