Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 24 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Tropico 5.

Tropico 5 merupakan permainan simulasi pengurusan dan pembinaan negara. Ia dibangunkan Haemimont Games dan diterbitkan oleh Kalypso Media pada tahun 2014. Malangnya, ia bukanlah permainan terbaru untuk siri ini, kerana Tropico 6 dikeluarkan pada tahun lepas. Namun, ia bagus bagi anda yang tidak pernah mencuba permainan ini.

Jika berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini