Tencent Kini Memiliki Pembangun Warframe Dan Gears Tactics

Digital Extreme iaitu pembangun untuk Warframe hari ini mengatakan yang tidak akan ada sebarang perubahan bagi pengurusan ataupun pembangunan di studio mereka walaupun menerima pemilik baharu iaitu Tencent. Mereka akan terus beroperasi secara tersendiri.

Pada minggu lepas, Tencent telah mengumumkan pengambil-alihan Leyou Technologies Holdings Limited iaitu syarikat induk untuk Digital Extreme, Splash Damage yang membangunkan Gears Tactics bersama dengan The Coalition, Athlon Games, Kingmaker dan Radiance Games.

Tencent mengambil alih Leyou melalui subsidiari pelaburan mereka iaitu Image Frame Investment dengan nilai $1.3 bilion.

Sohor Kini