Skip to main content

Bersempena dengan perayaan Krismas dan musim salji pada bulan Disember ini, PUBG Mobile kini menerima kandungan khas bertemakan perayaan tersebut di mana pemain boleh dapatkan pelbagai kandungan disamping bermain di peta Erangel yang diubah-suai dengan rekaan perayaan krismas.

Menurut pembangun, kandungan ini akan berlangsung bermula 24 Disember 2020 ini sehingga 10 Januari 2021 di mana pemain berupaya untuk dapatkan pelbagai kandungan-kandungan khas seperti kostum bertemakan musim salji dan semestinya set emoji khas dengna kolaborasi Emoji.

Selain itu, peta Erangel juga akan menyertakan beberapa perubahan rekaan lokasi seperti kawasan bersalji, pokok Krismas dan pemain berupaya untuk menggunakan papan luncur salji untuk digunakan ketika mengembara di dalam peta tersebut.

PUBG Mobile boleh dimainkan secara percuma di iOS dan Android.

Leave a Reply