Dapatkan Laporan Aktiviti Nintendo Switch Anda Bagi Tahun 2020

Nintendo telah hadir dengan laman khusus untuk berkongsi laporan aktiviti anda bermain Nintendo Switch bagi tahun ini. Untuk mendapatkannya, anda perlu melayari laman ini; https://switch.nintendo.com/year-in-review/ dan log masuk menggunakan akaun Nintendo utama.

Melaluinya mereka akan berkongsi anda adalah ‘gamer’ jenis apa, jumlah jam dan permainan yang anda mainkan tahun ini, permainan paling lama dimainkan dan juga jumlah jam bermain mengikut bulan, serta hari yang anda paling lama menggunakan Switch.

Jika anda menjadikan Switch sebagai konsol utama bagi tahun ini, sudah semestinya laporan ini menarik untuk dibaca. Tambahan lagi, kita melalui satu tahun yang ‘berlainan’ untuk 2020 dengan pelbagai kejadian seperti PKP yang memberi impak kepada sesi bermain permainan video.

Sohor Kini