Beberapa bulan yang lalu, kami ada melaporkan bahawa simulasi penerbangan Microsoft Flight Simulator akan tiba dengan sokongan untuk peranti realiti maya.

Bagi peminat simulasi penerbangan Microsoft Flight Simulator yang mempunyai komputer berkuasa yang boleh menggerakkan sistem realiti maya, kemaskini untuk ciri tersebut kini boleh dimuat-turun.

Microsoft mengesahkan bahawa simulasi tersebut akan menyokong pelbagai jenis peranti realiti maya, termasuklah HP Reverb G2, Oculus Rift, HTC Vive dan sebagainya.

Untuk mengakses ciri ini, anda hanya perlu memuat-turun dan memasang kemaskini terbaru untuk Microsoft Flight Simulator.

Sohor Kini