Melalui kenyataan yang dikeluarkan untuk pelabur, CD Projekt Red melaporkan yang Cyberpunk 2077 telah terjual sebanyak 13 juta unit setakat 20 Disember.

Jumlah tersebut adalah berdasarkan laporan yang mereka peroleh daripada penyedia platform digital dan juga fizikal. Ia juga telah mengambil kira permintaan pembayaran balik yang sudah diterima setakat ini.

Jumlah tersebut, jika ia adalah tepat, boleh dikatakan sebagai antara permainan paling laris pada tahun ini. Ia tidak mengejutkan walaupun dengan pelbagai masalah kerana, Cyberpunk 2077 sebelum ini telah menerima 8 juta pra-tempah dan 59% adalah di PC yang tidak terlibat dengan pembayaran balik.

Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini