KFC Hadir Dengan PC Yang Boleh Memanaskan Ayam Goreng – KFConsole

KFC dan Cooler Master telah bekerjasama untuk hadir dengan PC Intel NUC 9 Extreme tersendiri iaitu KFConsole. Menariknya, selain boleh digunakan untuk bermain permainan video, ia juga boleh memanaskan ayam melalui ruangan khusus yang disertakan di atasnya.

Intel NUC 9 Extreme merupakan set pengkomputeran yang menyasarkan prestasi tinggi dalam rekaan PC yang kecil. KFC tidak mengumumkan set apa yang digunakan, akan tetapi NUC 9 hadir dengan pilihan cip pemprosesan daripada i5 sehingga i9.

Namun, mereka mengatakan yang KFConsole ini akan disertakan dengan storan 1TB SSD serta menyokong Ray Tracing, resolusi 4K dan kadar segar semula sehingga 240HZ. Sesuatu yang penting untuk konsol ataupun PC adalah sistem penyejukan yang akan disertakan, jadi agak menarik untuk melihat bagaimana mereka membolehkan ia digunakan untuk memanas ayam goreng tetapi pada masa sama tidak memberi masalah kepada PC.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan secara lanjut mengenai tarikh pelancaran (jika ia dilancarkan kepada umum).

Sohor Kini