Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan kedai dalam talian rasmi di mana ia menyertakan pelbagai tawaran-tawaran permainan video yang dijual secara terus daripada Bandai Namco.

Dari segi jualan, permainan-permainan yang ditawarkan adalah permainan-permainan versi fizikal seperti Kamen Rider: Memory of Heroez, Dragon Ball Z: Kakarot dan juga permainan-permainan oleh Square-Enix yang diterbitkan oleh Bandai Namco buat pasaran Asia seperti Kingdom Hearts: Melody Of Memory dan Marvel’s Avengers. Menariknya, permainan akan datang seperti Little Nightmare 2 juga ditawarkan dan boleh dipra-tempah.

Selain itu, permainan-permainan yang ditawarkan juga di dalam ringgit Malaysia dan penghantaran juga adalah percuma untuk pembelian lebih tinggi mengikut harga yang ditetapkan untuk setiap pasaran Negara.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman dan pelancaran kedai dalam talian ini, Bandai Namco juga mengumumkan promosi khas permainan-permainan dengan diskaun sehingga 50% berdasarkan permainan yang terpilih.

Berikut antara permainan yang ditawarkan:

  • Dragon Ball Z: Kakarot – RM139.00 RM97.30
  • Doraemon: Story Of Season – RM149.00 RM104.30
  • Sword Art Online Alicization Lycoris – RM209.00 RM125.40
  • Marvel’s Avengers – RM239.00 RM167.30

Bagi anda ingin dapatkan permainan-permainan keluaran Bandai Namco secara rasmi terus daripada Bandai Namco, anda boleh melayari Bandai Namco Official E-Store.

Sohor Kini