Jika anda suka akan permainan pertempuran robot Mecha seperti Mechwarrior dan mencari sesuatu yang lebih ringkas dengan bentuk permainan kamera isometrik, anda mungkin berminat dengan permianan Brigardor: Up-Armored Deluxe di mana hari ini, Gausswerks dan GOG mengumumkan ia akan ditawarkan secara percuma di GOG sehingga 25 Disember ini.
Denga menyertakan lebih dari 50 jenis robot mech, 40 jenis senjata dengan pelbagai peringkat permainan dengan persekitaran yang boleh dimusnahkan, permainan Brigador: Up-Armored Deluxe pasti akan memberi kepuasan buat anda yang meminati permainan bergenre sebegini.
Bagi anda yang berminat, anda hanya perlu ke laman GOG untuk menebus permainan ini secara percuma di mana ia boleh dimainkan di PC, Linux dan juga di Mac.
Muat-Turun GOG: Brigador: Up-Armored Deluxe