Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Januari 2021 yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.
Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:
Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM248) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang mana turut akan menyertakan fungsi xCloud, iaitu penstriman permainan-permainan Xbox di peranti Android.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Januari ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Disember, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.