Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 22 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Metro: 2033 Redux.

Metro: 2033 Redux adalah versi penambah-baikkan untuk Metro: 2033 yang dikeluarkan pada tahun 2010. Ia adalah permainan menembak dari sudut pandangan pertama dan juga merupakan adaptasi untuk novel berjudul sama. Malangnya, versi percuma ini adalah untuk Metro: 2033 sahaja dan tidak disertakan bersama permainan susulan iaitu Metro: Last Light Redux.

Ia juga telah ditawarkan secara percuma pada tahun lepas, namun jika anda masih tidak memilikinya, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Leave a Reply