Walaupun musim yang memfokuskan kepada kandungan Marvel untuk Fortnite sudah berakhir, namun mereka tampaknya meneruskan dengan menawarkan Pek Marvel Royalty dan Warriors yang antaranya menawarkan kostum Black Panther, Captain Marvel dan Taskmaster.

Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah, yang boleh dikatakan satu penghormatan untuk pelakon Black Panther iaitu Chadwick Boseman.

Pek Marvel Royalty dan Warriors ini boleh dibeli secara terus tanpa menggunakan V-Bucks dengan harga $24.99 (~RM101). Selain daripada kostum, ia juga menyertakan Back Bling, Pickaxe dan Glider untuk setiap kostum tersebut.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini