Free Fire Bakal Menerima Kandungan Khas One Punch Man

Baru sahaja beberapa minggu lepas Garena mengumumkan watak Chrono iaitu pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo tiba di dalam permainan Free Fire dan kini, Garena mengumumkan kolaborasi seterusnya di mana kali ini adalah bersama siri anime terkenal, iaitu One Punch Man.

Melalui kolaborasi ini, pemain berupaya untuk dapatkan kostum khas berdasarkan siri One Punch Man, termasuklah kostum Saitama dan beberapa barangan lain. Meskipun begitu, kuasa “Satu Tumbukan” Saitama tidak akan tiba di dalam permainan ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran acara ini masih belum diumumkan dan ia akan dilancarkan kelak dalam masa terdekat ini.

Free Fire adalah permua pertempuran royale oleh Garena di mana ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android. Untuk informasi lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Free Fire. Sebelum ini, Garena juga berkongsi perancangan esukan untuk tahun 2021 bagi permua ini.

Sohor Kini