ConcernedApe akhirnya melancarkan kemaskini 1.5 untuk Stardew Valley di PC yang menurut mereka adalah kemaskini terbesar yang pernah dikeluarkan untuk permainan simulasi berkebun tersebut.

Seperti diumumkan sebelum ini, kemaskini ini antaranya akan menyertakan mod koperasi setempat secara pembahagian skrin, jenis ladang baharu iaitu ‘Farm Beach’, pelbagai pilihan tambahan untuk permulaan permainan dan kandungan tambahan seperti penduduk kampung baharu.

Anda boleh baca penambahan penuh melalui pautan ini.

Selain PC, ia juga akan tiba untuk konsol pada awal tahun depan, manakala bagi versi iOS serta Android ia akan tiba selepas konsol tetapi masih tiada jangkaan tarikh.

Stardew Valley sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini