Bandai Namco hari ini mengumumkan watak DLC seterusnya untuk permainan perlawanan Naruto to Boruto: Shinobi Striker adalah Naruto Uzumaki versi Last Battle. Naruto versi ini adalah “heal-type” yang merupakan pertama kali untuknya.

Beliau akan mempunyai kebolehan untuk menggunakan mod ‘Sage of Six Paths’. Buat masa ini, tarikh pelancaran untuknya masih tidak diumumkan lagi. Naruto akan menjadi watak keempat untuk musim ketiga selepas Kakashi Hatake, Neji Hyuga dan Shisui Uchiha yang sudah dikeluarkan sebelum ini.

Naruto to Boruto: Shinobi Strikers sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Naruto To Boruto: Shinobi Striker – Permainan Naruto Yang Sangat Mengecewakan.

Sohor Kini