Pada bulan lepas, Bandai Namco telah mengumumkan yang watak DLC seterusnya untuk Jump Force adalah Yoruichi dari Bleach dan Giorno Giovanna dari JoJo’s Bizarre Adventure. Hari ini mereka telah berkongsi video bentuk permainan untuk Yoruichi.

Yoruichi akan tiba secara rasmi pada awal tahun 2021 dan merupakan sebahagian daripada Character Pass 2 bersama dengan Shoto Todoroki, Meruem dan Hiei yang sudah tiba sebelum ini. Character Pass 2 ditawarkan dengan harga RM72, setiap watak juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM17.

Jump Force sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Jump Force – Permainan Impian Yang Gagal.

Sohor Kini